Ajaran sesat lagi wtf?
Baru jap tadi aku surfing baca2 blog sekali aku terjumpa satu blog ni. Isi kandungan dalam blog macam2 dia letak ayat2 dari al-quran, tafsir semua. So aku baca la kejap then suddenly aku perasan yang apa yang penulis blog tu cuba nak menyesatkan akidah para pembaca blog.
Antara yang dia cuba bagitau yang sebenarnye ajaran2 sesat cam Ayah Pin, etc actually perkhabaran gembira dari Allah and sudah diberitahu dalam al-quran…. bende yang dalam tulisan merah kat bawah ni aku amek dari blog tu:
Alamat-alamat yang Allah datangkan sememangnya dalam bentuk kiasan-kiasan serta berbeza-beza antara satu guru dengan guru yang lain (sukar dijangkau dan perlukan kepada penjelasan lanjut). Golongan-golongan ini termasuklah Ayah Pin, Mat Kahar, Arqam dan lain-lain. Pihak ……….. pada peringkat awal telah memohon jasa baik pihak JAKIM mengaturkan perjumpaan dengan wakil-wakil golongan-golongan ini untuk diberikan penjelasan tetapi ditolak mentah-mentah permintaan ini, sedangkan tanggungjawab ini terletak di tangan mereka sebagai pihak yang menguruskan hal-ehwal agama.
Walaupun tersilap dalam mentafsir alamat-alamat yang diterima, hakikatnya golongan-golongan ini membawa KHABAR GEMBIRA untuk semua iaitu perkhabaran tentang kedatangan Allah sebagaimana firman-Nya:
Dialah yang meniupkan angin pembawa khabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmatnya ; dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih,
agar Kami menghidupkan dengan air itu negeri (tanah) yang mati, dan agar Kami memberi minum(kurnia) dengan air itu sebahagian besar dari makhluk Kami, iaitu binatang-binatang ternak dan manusia yang banyak.
( Al-Furqan: 48-49 )
fucking ridiculous right?!
tengok betapa halusnya cara dia nak sesatkan kita. Dia bagi contoh, putar-belitkan cerita then cakap bende tu dah disebut dalam al-quran sendiri. Btw sape2 yang tau camne nak buat aduan pasal bende2 camni tlg bg tau. Hantar e-mail kat JAKIM boleh kan? coz tadi aku dah hantar e-mail aduan kat JAKIM harap2 diorang akan tutup blog tu cepat2 la.
p/s: url untuk blog tu aku x letak kat sini, nanti seronok aarr penulis blog tu coz makin ramai yang baca ajaran sesat die

good decision u’ve made my friend!
yup…
especially to save those who easily believe anything that is written on in internet…
thanks man!!!